24 February 2012

Hipokrit

Assalamualaikum, jawab jangan tak jawab. :) Aku agak stress dengan bulan 2, sangat stress. Dalam bulan 2 ni je banyak assigment kena submit, banyak exam nak kena tempuh. Aku banyak sangat masalah dalam pelajaran, banyak. Haritu sikit lagi aku hampir kena repeat BEL 311 sebab masalah kedatangan, tahu-tahu jelah UiTM tu, kelas mana leh tak pegi lebih 3 kali, bukan UiTM je aku rasa, semua universiti pun, mana leh tak pegi kelas lebih 3 kali, kalau tak memang kau kena banned dari duduk exam final nanti. Aku pulak pegi buat masalah kedatangan, mana lecterur tak marah. Sebab aku banyak main bulan ni, banyak malas dan banyak berangan. Entah apa yang aku angankan aku pun tak pasti. Tapi yang pasti aku banyak sangat layan jiwang sekarang, life aku terabur + serabut. Aku tak susun life aku, serabut dah life aku. (apa benda tah aku merepek macam sial ni)

Berbalik pada topik aku, Hipokrit. Aku kenal dengan ramai orang hipokrit, malah aku kadang-kadang hipokrit. Aku mengaku, saat aku nak menjaga hati manusia, aku sangat hipokrit. Sebenarnya aku seorang yang cakap main lepas je, mulut aku boleh kasi orang touching ngan aku, sebab penyebab aku menjadi hipokrit kadang-kadang ialah sebab mulut aku buat banyak orang terluka. Sebenarnya lah kan, kita mana boleh hipokrit. Hm, sebab aku ada baca 1 pepatah moden, "biar dia sakit hati dengan kejujuran yang kau luah, dari dia sakit hati bila kau sebenarnya menipu". Entahlah, aku pun tak berapa nak faham istilah pepatah moden tu, tapi sikit sebanyak aku faham, janganlah kita nak memuji sekadar menjaga hati, tapi jujurlah dengan kata-kata kita. (berbelit lah wei, malas fikir)

Takdalah, camni. Aku lebih suka orang jujur dengan aku kalau dia tak suka aku dari dia menipu dia kata dia suka padahal dia tak suka dan dia kutuk belakang.

3 orang dah komen.:

Azham Vosovic said...

alright, jgn risau sebab nasib kita boleh diubah lagi...tp sedih sgt sbb nak jaga hati semua org huhuhu

eton said...

humm stp org ade perangai hipokrit tu.. dah2 fokus study yea.. pelajaran tu lebih penting skg ni.. cayok2 for your exam nanti...

Cik Rose Cute said...

jangan stress2...follow sini..